BARU- baru ini tular satu video, dimana seorang individu dikenali sebagai usernamenazmi_ di laman X mendedahkan tempat kerjanya sebagai ‘tempat kerja di neraka’
Kenyataan itu dibuat susulan sebuah syarikat dipercayai terletak di Rawang, memberikan layanan buruk kepada pekerja-pekerjanya.
Teruskan Membaca“Pertama kali saya berjumpa tempat kerja macam neraka.
“Menunggu di depan kedai yang dah tutup semata-mata demi mengambil gaji bulanan.
“Saya dilayan seperti warga asing meskipun berkerja di negara sendiri, pihak pengurusan nya juga sudah kelaut Cina Selatan, ruang solat pun tak ada. Bila mahu pergi ke surau, kena marah.
“Bukan itu sahaja, gaji diberi lambat dan sering dipotong,” ujarnya menerusi satu video yang dihantar menerusi aplikasi Tik Toknya.

Individu terbabit turut menghantar satu kiriman mesej yang dipercayai daripada majikannya yang mengatakan sudah membuat laporan polis dan memanggil individu terbabit bagi membuat keterangan atas tujuan memalukan dan mencemarkan nama syarikat.
Mengintai di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka mengenai insiden terbabit.
Pemilik kedai nak buat laporan polis apanya sebab mencemar. Mereka rasa mereka akan menang? tak aka. Lagi-lagi bila ia melibatkan gaji, kebajikan pekerja dan kesihatan mental pekerka. Pekerja yang akan menang disebabkan ada akta, jadi balas balik dengan membuat laporan polis dan JTK. Jangan takut,” ujar @Iamraffffffffffff
“Kamu pun buat laporan polis sama2. Perlu kan peguam untuk ambil tindakan kedepan nanti. Kita ada yayasan bantuan guaman di setiap negeri. InshaAllah percuma. Kerajaan dh peruntukkan dah,” ujar @azrul_hazif
Baca juga :