BEKAS juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, menjelaskan bahawa perselisihan faham yang berlaku adalah bersama pihak penerbangan FlyFrontier bukan AlaskaAir berikutan video tular di media sosial semalam.
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman X milik bintang terkemuka itu, insiden ‘dihalau’ dari pesawat membuatkan dirinya kecewa dengan perkhidmatan pihak penerbangan yang tidak menghormati hak penumpang.
Teruskan Membaca“Pertama sekali, saya perlu menjelaskan bahawa ia adalah FlyFrontier bukan AlaskaAir.
“Wanita yang datang kepada saya dengan menyoal saya dengan cara yang sangat kasar pada mulanya dan melakukan yang terbaik untuk tetap tenang serta hormat seperti yang anda lihat di video (tular di X).Tetapi anak kapal itu boleh melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dan bersikap baik terhadap pelanggan,” tulisnya.
Walaubagaimanapun, petarung berasal dari Russia itu tidak bersetuju dengan cara pramugari yang menegurnya dengan cara yang kasar.
“Wanita yang datang kepada saya dengan soalan sangat kasar sejak awal, walaupun saya bercakap Bahasa Inggeris kurang baik tetapi masih dapat memahami segala-galanya dan bersetuju untuk membantu.
“Dia tetap berkeras untuk mengeluarkan saya dari tempat duduk saya. Selepas 2 minit perbualan, dia memanggil pihak sekuriti dan saya diturunkan dari pesawat ini,” katanya.
Terdahulu, tular satu video di media sosial melibatkan bekas juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov, dipercayai ‘dihalau’ keluar dari pesawat berikutan terlibat dalam salah faham dengan seorang pramugari.
Menurut sumber, Khabib dilaporkan menaiki pesawat tersebut dari lapangan terbang Las Vegas dan dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menerusi video tular tersebut, Khabib diarahkan keluar dari pesawat susulan perselisihan faham dengan seorang pramugari mengenai tempat duduknya yang selari dengan pintu kecemasan pesawat. – KL Viral
Baca juga: