Oleh: Haikal Tajuddin
TIDAK disangka wujudnya manusia yang melakukan kejahilan meskipun berada di tanah suci Mekah.
Teruskan MembacaNamun, perbuatan itu dibuat bukan sahaja dilihat sebagai satu kejahilan, malah terpesong dari akidah ajaran agama Islam.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh pempengaruh di aplikasi TikTok iaitu Zhiddinaziz, ia memaparkan pengalamannya diganggu oleh seorang pemuda disyaki warganegara asing.
Difahamkan, pemuda itu cuba menawarkan untuk melakukan hubungan intim ‘sejenis’ sewaktu berada di hotel berdekatan Mekah.
Pada minit pertama dalam rakaman tersebut, pemuda itu mengakui dirinya sebagai seorang ‘gay’ setelah disoal oleh pempengaruh tersebut.
Pemuda itu mengajak Zhiddinaziz untuk pergi ke bilik sebaik melihat pempengaruh tersebut berada seorang diri di lobi hotel.
Namun begitu, perkara tersebut bukan pertama kali berlaku, malah pernah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu dan tidak dipercayai oleh orang ramai.
“Dahulu Saiful Nang pernah membongkarkan sisi gelap di sana tetapi teruk kena kecam zaman itu. TikTok belum wujud lagi,” komen mama_noraz.
“Diorang yang duduk dan tinggal di sana. Kenapa mereka tak menghormati rumah Allah,” balas potato kentang.
“Tenangnya muka dia. Kalau aku, ya Allah, sudah menangis,” Amalina Aziz. — KL Viral
Baca juga: