SEORANG pejalan kaki berdepan detik cemas apabila telefon bimbitnya diragut penunggang motosikal yang muncul secara tiba-tiba di kawasan berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Video mengenai kejadian tersebut tular sejak Ahad selepas ia berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di tempat kejadian.
Teruskan MembacaMenerusi rakaman video berdurasi 18 saat itu, mangsa yang berada di atas laluan pejalan kaki itu sedang bermain telefonnya sambil tangannya diletakkan di atas besi penghadang jalan berdekatan kawasan lintasan sementara menunggu lampu isyarat pejalan kaki.
Pada masa sama, seorang penunggang motosikal yang berpakaian hitam dilihat menghampirinya sebelum secara tiba-tiba meragut telefon bimbit yang dipegang mangsa sebelum terus beredar dari lokasi.
Mangsa yang terkejut dengan situasi tersebut tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suspek meninggalkan tempat kejadian.
Meninjau dari ruangan komen, rata-rata netizen berang dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas insiden tersebut.
“Haih pelancong tu, buat malu je Malaysia ni tau,” kata Fahmi.
“Terus buat report je dengan nombor plat yang dah terpampang tu,” kata Skwang7052.
“Badan sihat elok tu, pergi lah cari kerja yang halal daripada mencuri ni,” kata wanaaqil.
Oleh itu, KL Viral ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya kejadian ragut berkenaan dijadikan sebagai pengajaran untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran ketika berada di kawasan terbuka.
Baca juga: