TULAR di laman X berkenaan satu video oleh malaysianpaygap yang memaparkan satu temu ramah bertajuk ‘Salary Transparency’ bersama masyarakat tempatan mengenai kerjayanya, pada Isnin lalu.
Video berdurasi 1minit 54 saat tersebut menyaksikan seorang wanita menkongsikan cerita mengenai kerjayanya sebagai seorang pakar perunding pediatrik selama 15 tahun.
Teruskan MembacaJawapan wanita berkenaan mengejutkan ramai pihak selepas mengetahui gajinya yang dikatakan agak lumayan dan tidak munasabah.
“Hai saya seorang pakar perunding. Ianya adalah cita-cita saya sejak saya di bangku sekolah lagi.
“Gaji saya masa 15-14 tahun lepas hanyalah RM2,500 dan tambah elaun sekitar RM4000.
“Saya boleh katakan peningkatan yang ketara bila kerja di sektor kerajaan. Dimana peningkatan sebanyak 4 kali daripada setor kerajaan. Sekarang saya menerima jumlah gaji bulanan sekitar RM60,000 ke RM70,000,” jelasnya di dalam video terbabit.
Yang mengejutkan ramai pihak adalah jumlah gajinya yang dipercayai sekitar RM60,000 ke RM70,000 ribu bulanan itu dianggap mustahil dan tidak masuk akal sekiranya bekerja di negara ini.
Namun, Mengujar di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan dan pendapat mereka atas jumlah gaji yang diterima wanita berkenaan. ramai yang berpendapat gajinya merupakan setimpal dengan usaha yang dilakukannya.
“Nak dapat gaji banyak tu ko tak tahu struggle dia camner,” ujar @kentangCheeze.
“Ya ianya mustahil.Tapi kena kerja buat masa yang sangat panjang! Kalau pergi Hospital swasta setiap doktor akan ada bilik-bilik dia dan jika anda perasan dalam bilik tu akan ada satu bilik tambahan khas. Bilik itu la dorang akan gunakan untuk tidur dan rehat. Kira macam bilik kecil macam studio atau pun rumah kedua mereka,” @Iamrafffff.
“Possible nak dapat gaji besar macam dia. Tapi susah payah yang dia lalui tu, tak semua sanggup,” kata @hatrednkaos.
Baca juga: