TULAR di media sosial berkenaan satu perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang menunjukkan seorang individu yang dipercayai ‘suami’ kepada wanita berkenaan memarahi penghantar J&T akibat menghantar barang isterinya tanpa kelibatnya di rumah.
Perkara itu dikongsi menerusi satu paparan video di TikTok yang menunjukkan perbualan seorang individu itu bersama penghantar J&T terbabit yang berang ke atas tindakan yang dilakukan penghantar J&T tersebut.
Teruskan Membaca“J&T dengar ni, Aku suami dia.Lepas ni kalau nak hantar barang ke apa pastikan masa hantar tu ada aku. Sebab nanti akan mengundang fitnah.
“Aku dah cakap dengan bini aku. Aku tak izin kan siapa-siapa yang hantar barang tanpa Aku.Jadi kalau nak hantar barang lepas ni pastikan aku ada sebab aku suami dia,” ujar suami terbabit.
Rata-rata warganet di laman X mengecam perbualan tersebut dan menganggap individu terbabit terlalu sensitif dan mengikut perasaan.
“Nak pesan, kalau pasangan kau orang selalu syak-wasangka tuduh kau curang skandal tanpa bukti, sebenarnya dia yang buat sebab dia tahu Prosedur Operasi Standard curang. Kah. Nota kaki : dia cuma jadikan anda tempat lepas rasa bersalah dia curang,” ujar Sauffie84.
“Orang nk hantar barang je pun bukan nak mengorat bini dia… orang macam ni pun ada ke?,” ujar @Cool_Wannabe82
Baca juga: