PENYANYI antarabangsa, Bruno Mars mencetuskan kontroversi selepas melakukan pengumuman berkenaan konsert jelajah 24k Magic di Malaysia yang dijadualkan pada 17 September 2024.
Konsert tersebut menerima pelbagai reaksi dari masyarakat tempatan.
Teruskan MembacaAda diantaranya teruja melihat penyanyi yang terkenal dengan lagu Just The Way You Are itu membuat penampilan pertamanya di Malaysia setelah sekian lama dan dalam masa yang sama rata-rata warganet yang berpendapat untuk membatalkan konsert tersebut disebabkan penyanyi tersebut merupakan penyokong Israel.
Hal ini kerana Bruno Mars dikatakan menyokong Israel dan seolah-olah ‘menutup mata’ dengan kezaliman genosid yang dilakukan oleh zionis itu. Malah, dia mengaku cintakan Tel Aviv ketika menyanyikan salah satu lagu popularnya pada sebelum ini.
Dalam masa yang sama, peminat k-pop tempatan di laman X turut meluahkan rasa kecewa apabila konsert penyanyi tersebut habis dijual ketika pre-pelancaran tiketnya.
“Peminat k-pop jauh lebih baik dari korang semua. Peminat K-pop berjaya meminta Eric Nam untuk membatalkan konsertnya di Malaysia kerana bersikap neutral terhadap peperangan yang berlaku di Israel.
“Ini pula tiket habis dijual untuk artis yang secara terbuka dan terang-terangan menyokong pembunuhan beramai-ramai. Peminat k-pop jauh lebih bagus.
“Untuk pengetahuan anda, saya tau perbandingan saya tak sesuai atau setaraf. Saya tahu bruno mars tu lebih terkenal dan besar berbanding Eric Nam tetapi bila peminat k-pop melakukan sesuatu, mereka selalu kena kecam disebabkan perkara kecil je,” jelas @Shiema_ella.
Sebelum ini, tular sebuah paparan video yang diambil dari berita The Times Of Israel bertajuk ‘Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show’ yang mengundang kemarahan ramai pihak seluruh dunia, termasuklah rakyat Malaysia.
Baca juga: