SEORANG penjual burger di taman Jalan Kajang Impian, Selangor tular di media sosial atas harga penjualan burger yang begitu murah, bahkan hasil keuntungannya dibelanjakan buat membeli makanan kucing.
“Saya ada jual daging burger ayam dan daging. Saya jual dengan harga RM2 sebab saya nak berkongsi rezeki.
Teruskan Membaca“Untung ada sikit, tapi saya senang kalau orang pun senang dengan hasil jualan saya. Saya bertambah senang.
“Dalam masa yang sama, keuntungan daripada menjual burger ni saya akan berikan kepada kucing jalanan , kucing-kucing di rumah saya dengan membelikan mereka makanan.
“Jadi rezeki-rezeki saya ni, saya kongsikan dengan kucing-kucing tulah bukan hanya untuk diri saya sahaja,” jelasnya.
Tindakan penjual tersebut menerima pujian masyarakat tempatan yang mengungkapkan beliau sebagai seorang yang berhati murni.
Harga yang diletakkan sudah begitu murah tambahan pula keuntungannya diberikan kepada kucing-kucing yang memerlukan.
Rata-rata pengguna di laman X mendoaakan penjual tersebut dimurahkan rezeki dan memohon agar orang ramai menyokong perniagaannya.
Baca juga: