SEORANG guru berkongsi sebuah video yang memaparkan sekumpulan gadis bekerjasama membawa rakan mereka yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk ke kelas menerima perhatian ramai.
Video berdurasi 36 saat yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu menyaksikan gadis tersebut membantu rakan mereka secara bergilir-gilir.
Teruskan Membaca“Saya memberitahu bahawa kelas mereka pada asalnya di tingkat bawah dan seminggu sekali, mereka dikehendaki berpindah ke kelas lain di tingkat atas.
“Kanak-kanak ini bergilir-gilir memastikan rakan sekelas mereka yang tidak berkemampuan itu diberikan bantuan untuk sampai ke kelas di atas,” jelas gurunya.
Mengintai di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan yang dilakukan gadis-gadis tersebut namun segelintir mengecam pihak sekolah yang tidak menitik beratkan pelajar OKU itu.
“Kalau boleh buatkan ianya mudah untuk pelajar tersebut. Alhamdulillah dia mempunyai kawan yang baik. Pihak sekolah tolong perbaiki masalah ini,” kata Ayesha Begam D Ali.
“Ya ampun, berair mata melihat belas kasihan mereka. Kerajaan harus memuji tindakan mereka. Mereka tidak bercakap sahaja tetapi mereka bertindak dengan kelakuan mereka. Ini adalah kasih sayang yang dipaparkan melalui tindakan,” kata Nad Noo.
“Ibu bapa mereka mesti bangga dengan mereka,” ujar Eairween Ween. — KL Viral
Baca juga: