SEORANG individu mendedahkan rahsia kurusnya apabila berjaya menurunkan 30 kilogram dalam masa 8 bulan dengan mempratikkan diet telur sahaja.
Menurut AinulNunanaa di laman X, amalan yang dilakukan terbukti menunjukkan kesan ketara buat dirinya.
Teruskan MembacaDiet pemakanan yang disarankan oleh doktornya itu dengan mengambil dalam tiga ke lima biji telur dalam pemakanan harian adalah bagus buat badan dari segi dalaman mahupun luaran.
“Tiga ke lima biji telur sehari dapat membantu dari segi memberikan sumber protein yang mencukupi, kesihatan jantung, penglihatan juga akan bertambah baik, memberikan vitamin b2 yang secukupnya untuk kulit kita selain turut membantu mengurangkan berat badan.
“Tak percaya? Dulu i main gym,I makan telur dah macam hantu raya. Kalau beli dalam sepapan untuk lima ke enam hari je.
“Tapi memang boleh nampak berat mudah nak stabilkan kalau tak selalu berat turun tak kekal lama. Telur boleh buat kita kenyang dan tak terasa teringin atau nak makan benda yg bukan – bukan,” ujarnya.
Jelasnya lagu, ramai yang takut hendak mencuba diet telur kerana bertanggapan telur mempunyai kolestrol yang tinggi.
Bahkan, telur hanya mempunyai kolestrol yang baik yang mampu mengawal hormon dan merupakan sumber yang diperlukan bagi mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf lain.
Baca juga: