PEMPENGARUH media sosial perlu berfikir dengan teliti sebelum memaparkan kandungan yang melibatkan barang terlarang seperti pod dan vape.
Tindakan mereka boleh memberi kesan besar, terutama kepada pengikut muda yang mudah terpengaruh.
Teruskan MembacaSikap tidak bertanggungjawab dalam berkongsi kandungan sebegini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga menyumbang kepada penyebaran tabiat yang merosakkan kesihatan masyarakat.
Menerusi video tular berdurasi 29 saat yang dimuat naik di laman X, ia memaparkan video kandungan seorang pempengaruh yang terangan menunjukkan bahan terlarang tersebut bergantung di leher mereka.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh MALAYSIAVIRALLL, ia jelas menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan product placement barangan tersebut.
“Dua ekor b****** buat content b****. Kerajaan kena buat rules, kena blur kan rokok atau vape untuk post kat media sosial,” kata kapsyen tersebut.
Rata-rata warganet turut berkongsi pendapat yang sama, terutama apabila kedua-dua lelaki dan wanita dalam video berkenaan menggantungkan pod di keliling leher mereka.
“Pelik-pelik influencer Malaysia ni. Tahap IQ rendah agaknya,” komen Usrnamess.
“Kandungan tidak membawa faedah dan mengarut. Tapi tulah, yang komen, suka dan repost pun ramai,” kata RilekkLu.
“Buat benda-benda pelik sahajalah influencer sekarang ini,” ujar Ainawoman.
Oleh itu, pempengaruh media sosial khususnya di Malaysia perlu lebih cakna mengenai isu ini.
Ia kerana tidak semua perkara perlu ditonjolkan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan product placement sesuatu barangan terutamanya barangan yang dilarang.
Sebelum memuat naik kandungan di media sosial, mereka perlu kaji video yang mahu dimuat naik terlebih dahulu sebelum disebarkan ke media sosial. — KL Viral.
Baca juga: