Oleh: Haikal Tajuddin
BELUM sampai 30 minit penjualan tiket konsert GENKRU dibuka malah sudah habis disapu para peminat kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim.
Teruskan MembacaDipercayai, semua kategori bagi tempat duduk konsert tersebut habis dijual sehingga para peminat lain yang tidak dapat membeli menjadi begitu ‘hetic’ di ruang komen Instagram, @arenamuzikofficial.
“Perghh, baru sehari sahaja dah sold out. Baru ingat nak saving dulu,” komen Emma_moheyer.
“sold out pula dah. Baju tema ini pun dah beli, alien workshop bagai. Padan muka aku!,” gusar normanfuzah.
“Serious la dah habis. Baru masuk pukul 11 dah sold out. Battle brp pc dan tab pun tak lepas juga. Bengang betul aku,” balas ely_na80.
Disebalik kekecewaan yang dihamparkan peminat di ruang komen, rata-rata daripada mereka mengharapkan kumpulan tersebut dapat melakukan konsert selama 2 hari supaya dapat memberi peluang kepada mereka yang ketinggalan untuk turut dapat menyaksikan persembahan daripada kumpulan tersohor itu.
Sebagai Info, kumpulan KRU bakal melakukan konsert di Axiata Arena pada 3 Mei 2025 bagi mengimbau kembali nostalgia dan percapaian yang telah dibuat sejak beberapa abad yang lalu.
Tiket itu mula dijual pada 20 Disember (hari ini) dan dibuka pada 11 pagi menerusi laman web WWW.TICKET2U.COM.MY/KRU. – KL Viral
Baca juga: