Oleh: Haikal Tajuddin
BETUL orang cakap, masyarakat Malaysia sekarang ini memang semakin kreatif.
Teruskan MembacaCuma yang kreatif dia bukan pakaian sahaja, malah makanan pun dah jadi bahan ‘uji kaji’ untuk kreativiti sendiri.
Sepertimana makanan bungkusan nachos yang viral kerana disalut cheese dan daging kisar sehingga menjadi kegilaan ramai.
Namun, terdapat peniaga yang cuba mencipta kelainan dengan menggantikan daging kisar dan cheese kepada nasi lemak dan char kuey teow seperti video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.
Tetapi, kali ini bukan lagi dipuji, malah dicemuh oleh masyarakat kerana dianggap sebagai racun yang mampu memudaratkan kesihatan pembeli.
“Makin tenat hospital kerajaan,” selar IRX dalam aplikasi TikTok.
“Pelik-pelik la peniaga type M (Melayu) ini,” balas Jemikk.
“Asal tak letak sahaja makanan kucing sekali,” komen The_Liquidity_flow. — KL Viral
Baca lagi.