ISU mengenai ‘Abang Bas’ masih lagi belum surut diperkatakan, kini timbul pula satu kontroversi lain mengenai seorang ibu yang menggunakan anaknya sebagai ‘suami’ dalam kandungannya.
Akaun seorang ibu yang bertapak di laman TikTok tersebut mulai mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna laman X dengan username @JatIkhwan mulai memetik isu tersebut di hantaran miliknya.
Teruskan Membaca“Ni kes benda pula mak ‘fantasize’ anak lelaki dah besar panjang sebagai suami ni? Dah lah upload kat tiktok. Tiktok pulak ada akaun 100k followers.
“Siap adegan berlakon nak terkam anak lelaki for sex as pov konon suami ada wuduk. Kau kenapa kak?” katanya dalam hantaran tersebut.
Dia berkata demikian menerusi sebuah video tular berdurasi 28 saat, memaparkan seorang wanita yang melihat anak lelakinya sebagai ‘suami’ dalam video tersebut.
Wanita tersebut kononnya melihat ‘suaminya’ sedang berada dalam keadaan berwuduk sebelum mendirikan solat bagi umat Islam.
Dia kemudiannya bertindak mahu mengganggu ‘suaminya’ itu untuk membatalkan wuduknya.
Namun, apa yang mengganggu orang ramai adalah kerana ‘suami’ yang berlakon dalam video tersebut merupakan anaknya dan ia mengganggu para warganet yang melihat video tersebut.
Menjengah ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata warganet menyuarakan rasa kurang senang dengan perbuatan ibu tersebut yang menggunakan anaknya sebagai karakter suami dalam video tersebut.
“Geli wei, tengok sikit je sebab tak lalu aku.Dengan anak pun kena ada batas. Ajarlah anak tu perkara yang elok, bukan buat content sebegitu,” komen Nurulshima_3.
“Post macam ni, lebih-lebih lagi di platform awam seperti TikTok, bukan hanya boleh salah tafsir, tapi juga boleh beri impak negatif terhadap orang yang menontonnya. Harap orang ramai lebih berhati-hati dalam konten yang dikongsi, terutamanya bila melibatkan anak-anak,” kata Titterprofesor.
“Orang kita ni dah kenapa? Makin hari akhlak dan penaakulan minda rasional makin tenat. Tak boleh ke dia cari ‘pelakon’ lelaki yg lebih sesuai utk watak ‘suami’ dia ni?” soal Ennietrando.
Kontroversi sebegini mencerminkan isu yang semakin membimbangkan dalam masyarakat digital kita hari ini, dimana sempadan moral dan etika semakin kabur demi kandungan yang dianggap menarik perhatian.
Meskipun niat sesetengah pihak mungkin untuk mencipta hiburan atau kreativiti, adalah penting untuk kita sentiasa berwaspada terhadap impak yang lebih besar, terutama apabila melibatkan hubungan kekeluargaan dan sensitiviti budaya.
Perbincangan mengenai isu ini perlu menjadi pengajaran kepada semua untuk lebih bijak dan bertanggungjawab dalam berkongsi kandungan, terutama di platform awam seperti TikTok.
Baca juga: