TERBAHARU seorang pengguna Facebook bernama Gee Seri berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kanak-kanak terbabit masuk ke dalam lif sebelum terperangkap.
Dia mendakwa bahawa lif yang berada di blok 59 sebuah kondo di Desa Petaling itu pada mulanya berfungsi dengan baik tanpa sebarang kerosakan.
Teruskan MembacaNamun, rakaman CCTV yang dikongsikannya menunjukkan salah seorang kanak-kanak telah menyelitkan selipar di celah pintu lif.
Gee berkata, kanak-kanak terbabit meletakkan selipar yang dipakainya di antara pintu lif yang sedang tertutup menyebabkan sistem ‘auto lock’ diaktifkan dan lif tersangkut.
Menerusi rakaman CCTV tersebut memaparkan salah seorang kanak-kanak itu menekan butang G, namun tidak lama kemudian menekan butang ke tingkat 7.
Apabila lif berhenti dan pintu terbuka, dia meletakkan kasut di antara pintu lif sebelum butang tutup pintu ditekan oleh rakannya.
Lif kemudiannya turun seperti biasa sebelum terhenti di tingkat 4 secara tiba-tiba sewaktu selipar tersebut ditarik dari celahan pintu dan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.
Mereka kemudiannya cuba untuk menekan butang lif berkali-kali, namun ia tidak lagi berfungsi, menyebabkan kedua-dua mangsa terperangkap di dalamnya.
Untuk info, kedua-dua kanak-kanak itu telah selamat keluar dari lif berkenaan sekitar pukul 12.45 pagi semalam (20 Ogos) setelah lebih sembilan jam terperangkap.
Baca juga: