PELAKON Nur Fazura tekad meneruskan penceraian dengan suaminya Fattah Amin dan memaklumkan keputusan itu bukanlah satu perkara mudah buat dirinya.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40 berkata ia tentang dia dan anaknya, Fatima.
Teruskan Membaca“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz,” katanya dalam hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.
Fazura memuat naik hantaran itu sebaik sahaja selesai prosiding sebutan permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Fazura juga meluahkan penghargaan dan rasa syukur terhadap sokongan semua pihak terhadap dirinya sekeluarga.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” katanya.
Selain itu, Fattah Amin juga turut berkongsi luahan hatinya dan memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.
Fattah memuat naik foto terakhir Fazura dan anak mereka iaitu Nur Fatima Aisya bersama kapsyen yang mengundang air mata kepada netizen.
“Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two,” tulisnya di Instagram.
Pagi tadi, kes mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling akan disebut semula pada 7 Oktober setelah Fattah menyatakan belum bersedia melepaskan isterinya.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor.
Baca juga: