Terkini

Dr Zaliha lancar inisiatif ‘Waste to Wealth’

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan melancarkan inisiatif Waste-To-Wealth bagi memelihara dan memulihara alam sekitar demi menjaga kelestarian dan kehidupan warga kota di sekitar Kuala Lumpur bertempat di Perumahan Awam (PA) Seri Pulau Pinang, Kuala Lumpur.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan bagi lonjakan ekonomi, mereformasi dan menstrukturkan semula ekonomi negeri ini.

Katanya, Wilayah Persekutuan secara Khususnya akan menjadi hab serantau sekali gus menyokong kepada kemampanan ekonomi negara.

Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah inisiatif Waste-To-Wealth ialah pelaksanaan program 1 Komuniti 1 Kitar Semula atau 1 Community 1 Recycle (1C1R).

“1C1R merupakan program kitar semula yang berkonsepkan sistem barter di mana komuniti boleh menukar barang kitar semula kepada barangan keperluan dapur yang telah ditetapkan oleh DBKL,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis yang sama, turut diadakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara DBKL dan FatHopes Energy Sdn. Bhd bagi memastikan inisiatif Waste-To-Wealth melalui program 1C1R dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

“Melalui MOU ini, pihak syarikat akan bersama samamenganjurkan program alam sekitar terutamanya program 1C1R menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Ujarnya, Pihak FatHopes Energy Sdn Bhd telah membangunkan Aplikasi 1C1R bagi memudahkan warga kota untuk menyertai program tersebut di mana transaksi kitar semula seperti penebusan mata ganjaran kitar semula dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.

Turur hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top