SERAMAI 200 guru di ibu kota telah menyertai seminar Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam di Auditorium Tan Sri Rafie (JPWPKL) pada Rabu.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JPWPKL).
Teruskan MembacaJAWI menerusi satu kenyataan memaklumkan, antara objektif penganjuran seminar itu adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam tentang pentingnya etika dalam penggunaan media sosial supaya dimanfaatkan penggunaannya secara berhemat.
“Ini kerana, media sosial kini telah menjadi trend dan merupakan saluran utama untuk menyampaikan pelbagai info sama ada yang rasmi atau sebaliknya.
“Pengisian sesi ceramah Slot 1 bertajuk “Media Sosial: Adab, Trend dan Viral” telah disampaikan oleh Pendakwah Bebas, Dai Nor Adibah binti Rozain dan slot 2 oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Shurkan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyentuh aspek berkaitan “Etika Penggunaan Media Sosial Menurut Perspektif Islam,” katanya.
Diharapkan seminar ini dapat membuka minda para peserta dan membantu untuk menjadikan media sosial sebagai tempat perbincangan yang membina serta dijadikan medium untuk mendapatkan info, pandangan serta bertukar-tukar idea yang boleh menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan terbaik dalam kehidupan bermasyarakat masyarakat.
Baca juga: