KUALA Lumpur, sebuah bandar raya yang pesat membangun, kini berdepan dengan isu gelandangan yang semakin meruncing.
Setiap malam, ratusan individu tanpa tempat tinggal terpaksa tidur di kaki lima, stesen-stesen pengangkutan awam dan lorong-lorong belakang bangunan.
Teruskan MembacaMasalah tersebut bukan sahaja mencerminkan ketidakstabilan ekonomi tetapi juga kekurangan infrastruktur sosial yang mencukupi untuk membantu golongan yang terpinggir ini.
Tular baru-baru ini seorang pempengaruh media sosial membuat eksperimen sosial mengenai masalah gelandangan dimana dia menemu ramah beberapa orang gelandangan di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Kebanyakan gelandangan disana menjawab antara punca mereka memilih untuk jadi gelandangan adalah kerana masalah kewangan dan kemiskinan yang membelenggu mereka.
Namun, ada juga yang sebenarnya mempunyai wang dan aset tersendiri namun lebih memilih untuk menjadi gelandangan hanya atas sebab untuk membuat kawan di situ.
Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat tersebut, kebanyakan warganet menyatakan rasa hairan atas masalah yang kian meruncing tersebut.
Ramai juga yang beranggapan bahawa sebenarnya gelandangan tidak perlu ‘dimanjakan’, apabila wujud badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan secara percuma kepada mereka misalnya.
“Mereka rasa terlampau selesa sangat dah sekarang ni sebab tak kerja pun dapat makan. Jadi, makan, hisap dadah, tidur. Esok sambung lagi benda sama,” kata Filypablohoney.
“Aku ada persepsi yang sebahagian diorang ni ambil kesempatan untuk jadi gelandangan. Nak semua free dan taknak berusaha. Sebab pernah ada kes dimana bila ada yang diberi bantuan macam rumah sewa dan lain-lain tetapi mereka tolak sebab semua yang diberi itu perlu mereka maintain kan cost,” kata __Aqd.
“Mereka sebenarnya lagi selesa macam ni, taknak duduk dalam sistem. Rela homeless dari kena kerja bayar itu ini,” ujar EsmaDannyDawson.
Menjengah komentar yang diluahkan oleh para warganet, jelaslah bahawa masalah gelandangan di Kuala Lumpur memerlukan tindakan segera dan bersepadu daripada semua pihak.
Kerjasama antara kerajaan, NGO dan masyarakat amat diperlukan untuk menyediakan sokongan yang lebih efektif kepada golongan terpinggir tersebut.
Dengan usaha bersama, diharapkan isu gelandangan dapat dikurangkan, sekaligus memastikan setiap individu mendapat peluang untuk hidup dengan lebih bermaruah dan selamat di bandar raya. — KL Viral
Baca juga: