POLIS Kontinjen Johor mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Abang Bas’ yang tular baru-baru ini atas kesalahan menyiarkan rakaman kanak-kanak sekolah di akaun TikTok miliknya.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar S Muthuvelu memaklumkan lelaki berusia 24 tersebut ditahan di Simpang Renggam, Johor dan telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut turut dirampas.
Teruskan Membaca“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Akta Kanak-Kanak 2001.
“Pihak polis turut mengalu-alukan kerjasama ibu bapa kanak-kanak yang dirakam untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Nancy Shukri turut mengeluarkan kenyataan mengenai isu tular tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan tersebut tidak boleh diterima.
“Perbuatan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan. Saya sudah mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis mengenai perkara ini,” katanya dalam hantaran di akaun X miliknya.
Untuk rekod, akaun TikTok Abang Bas dengan username @mohdnrhadhim mempunyai kira-kira 650,000 pengikut dengan rata-rata video yang dimuat naik mencecah lebih jutaan views.
Namun, akaun milik lelaki tersebut telah ditutup selepas penahannya awal pagi tadi. — KL Viral
Baca juga: