Pelajar yang videonya tular menampar rakan sekelas sebanyak lima kali telah membuat laporan polis sebagai langkah perlindungan diri.
Dakwa pelajar ini, dia telah menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang telah mengaku sebagai pegawai polis dan mengugutnya mengenai kejadian yang telah berlaku.
Teruskan MembacaDia juga membuat laporan perbuatan memuat naik gambar dirinya yang mengaibkan.
Menurut Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan, pelajar berusia 17 tahun itu bertindak demikian kerana terlampau marah susulan satu hantaran gambarnya di TikTok milik rakannya itu yang didakwa mengaibkan dirinya.
“Hasil siasatan kejadian dikatakan berlaku pada 20 Okt semasa salah seorang pelajar dalam video berkenaan berada dalam kelas, telah melihat satu gambar di akaun TikTok miliknya yang mengaibkan dirinya. Video tersebut dikatakan ditular rakan sekelas.
“Oleh itu pelajar berkenaan berjumpa rakan tersebut dan bertindak menampar pipi rakan sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di telefon milik rakannya,” katanya dalam kenyataan.
“Sebaliknya rakannya berkata gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan. Akibat sangat marah pelajar tersebut menampar muka rakannya itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya.”
Zaid berkata, mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian.
Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.