SEORANG kanak-kanak berbangsa Rohingya bertindak menyerang dua orang jurujual di sebuah kedai pakaian di sekitar Kuala Lumpur tular di media sosial baru-baru ini.
Video yang berdurasi 17 saat itu tular di aplikasi X, mendapat perhatian oleh pengguna media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak bertindak seolah-olah ingin memukul jurujual kedai pakaian tersebut.
Teruskan MembacaDalam masa sama, video tersebut turut memaparkan salah seorang daripada jurujual itu menggunakan penyembur air untuk menghalau kanak-kanak itu.
Berdasarkan video tersebut, rata-rata pengguna media sosial berasa bengang dengan tindakan kanak-kanak itu kerana seolah-olah tidak sedar diri setelah ‘menumpang’ di negara Malaysia.
“Perangai tak sedar diri merempat dekat negara orang, nanti lagi 20 tahun silap-silap tuntut hak warganegara. Memang tiada tindakan ke untuk diaorang ni? Kami rakyat dah muak lah tengok pelarian ni,” kata Millah.
“Saya ni takdalah baik mana, tapi kalau jumpa budak macam ni memang kena dia ni,” kata Qish.
“Patutlah dihalau dari negara asal, mereka sendiri perangai macam tu. Orang tu halau guna air mesti sebab tak nak kata nanti pukul lah apalah. Eloklah dia guna penyembur air tu,” kata Tuiter.
“Budak macam ni berani sebab sindiket, kalau orang lokal persendirian tangkap dia nanti cepat je geng-geng dia datang,” kata Mujaheed.
Baca juga: