JENAZAH Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada pukul 6.35 petang Khamis.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 400 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.
Teruskan MembacaSebelum itu, jenazah telah dimandi dan dikafankan di Unit Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam sejurus selesai proses bedah siasat.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Pihak polis kemudian mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Berita kehilangan Nidza tular selepas adik perempuannya yang juga penyanyi Aufahanie berkongsi di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari abangnya.
Allahyarham dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar pukul 7.45 malam untuk berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.
Baca juga: