VIDEO tular di laman X baru-baru ini membuatkan warganet berang dengan tindakan seorang penunggang motosikal memarahi kenderaan yang menggunakan Smart Lane di lebuh raya.
Tindakan penunggang motosikal itu yang memarahi sambil menghalang di sepanjang laluan Smart Lane tersebut boleh mendatangkan bahaya serta mengundang kemalangan yang tidak diingini.
Teruskan MembacaMenerusi laman X milik @MALAYSIAVIRALLL yang membuat satu hantaran berkenaan video tular tersebut yang keliru akan penggunaan sebenar laluan Smart Lane berkenaan.
“Saya pun runsing dan jadi tidak faham dah sebenarnya. Smart Lane ni boleh pakai ke atau tidak? Asyik kena marah dengan mat motor je bila gunakan laluan kecemasan ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, video tular yang berdurasi 18 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) itu menunjukkan penunggang motosikal tersebut mendekati kenderaan itu lalu menghalang laluan dan memarahi sambil mengangkat tangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan penunggang motosikal tersebut, dalam masa sama, terdapat segelintir masyarakat yang berkongsi tentang undang-undang dalam penggunaan sebenar laluan tersebut.
“Takkan tak nampak papan tanda (signboard) dekat tepi laluan tu. Tak rasa penunggang motosikal ni pandai baca signboard. Alih-alih geram tendang cermin kereta je,” kata Wan Fadli.
“Laluan Smart Lane ni pun bukan untuk motor sahaja. Kalau otak sempit tu tak payah bawak motor atau kereta lah,” kata St Logis.
“Smart lane ni ada masa boleh digunakan, bila diaktifkan, kena bertolak ansur. Motor ni kalau dah kemalangan dia paling teruk, jadianya jangan nak buat teruk,” kata Nomadkai. — KL Viral
Baca juga: