PENDUDUK Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini mengalami situasi cemas apabila lif di Blok D perumahan tersebut dilaporkan terhempas dari tingkat sembilan.
Menerusi satu video tular di laman X, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan blok berkenaan memaparkan lif tersebut dinaiki oleh beberapa individu sebelum kejadian.
Teruskan MembacaVideo tular berdurasi 1 minit 46 saat itu, memaparkan keadaan sekeliling kawasan lif dan beberapa individu menaiki fasiliti berkenaan seperti kebiasaannya.
Lif tersebut kelihatan beroperasi dengan baik selepas berhenti di tingkat sembilan bangunan sebelum dipercayai jatuh ke bawah sejurus mendengar bunyi dentuman yang kuat.
Difahamkan, tiada mangsa yang terlibat ketika kejadian tersebut berlaku berdasarkan kapsyen yang ditulis.
Kemudian, video tular itu disambung dengan rakaman yang memaparkan keadaan lif selepas terjunam mengalami kerosakan komponen sehingga tercabut besi di bahagian tepi.
Walaubagaimanapun, KL Viral sudah menghubungi Persatuan Pengguna PA Desa Rejang, namun tiada sebarang respon setakat ini.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan lebih peka dengan fasiliti penggunaan harian agar tidak mengalami kerosakan yang berpanjangan sehingga menyebabkan kesusahan kepada penduduk pada masa hadapan. — KL Viral
Baca juga: