Terkini

Indeks ‘work life balance’, Malaysia berada di tempat kedua terburuk di dunia

MALAYSIA berada di kedudukan kedua terburuk di dunia dalam indeks keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) daripada 60 buah negara di dalam senarai yang dikeluarkan Remote.

Kajian yang dilakukan oleh Remote itu mendapati syarikat perkhidmatan sumber manusia global mendedahkan Malaysia turut merupakan negara Asia yang terburuk dalam carta tersebut.

“Kajian ini bertujuan untuk mengira keseimbangan kehidupan serta kerja setiap negara dengan tepat, selain daripada mengukur frasa popular keseimbangan kehidupan-kerja dalam menunjukkan bagaimana kehidupan pekerja di setiap negara.

“Rakyat Malaysia didapati bekerja keras melebihi waktu daripada yang sepatutnya dan mempunyai sedikit atau tiada masa langsung untuk beristirehat dan memulihkan tenaga daripada hari yang panjang serta penuh tekanan di tempat kerja,” kata Remote.

Kajian Remote itu menganalisis data yang sudah dikumpul sejak pada Mac 2023 dengan mengambil kira beberapa faktor berkaitan tempat kerja seperti bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata waktu kerja mingguan dan termasuk hubungan sejenis.

Berdasarkan analisis data tersebut, Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dan mencatatkan purata minggu bekerja 40.8 jam berserta gaji minimum USD1.07 (kira-kira RM5.04) sejam.

Malaysia juga berkongsi tempat dengan Mexico dan Nigeria yang dilaporkan menghabiskan sekitar lebih 40 jam secara purata setiap minggu mahupun pekerja sepenuh masa atau sambilan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top