PEMANDU lori dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membunuh mangsa yang juga kekasihnya warga Thailand minggu lalu.
Tertuduh, V Nathan, 37, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.
Teruskan MembacaBagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan ia merupakan bidang kuasa Mahkamh Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh mangsa, Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, pukul 10.02 malam pada 28 Februari lalu.
Baca juga: Wanita warganegara Thailand jatuh tingkat 23, saksi nampak mangsa ditolak
Menurut Berita Harian, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 340 tahun dan tidak kurang 12 sebatang jika tidak dihukum mati.
Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman, tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang diwakili peguam, T P Aravind Raj.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi perkembangan laporan forensik, kimia dan bedah siasat.
Pada 28 Februari lalu, seorang wanita warga Thailand dilaporkan maut selepas jatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan.
Baca juga: Pencipta komik Dragon Ball, Akira Toriyama meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan insiden itu, jam 10.02 malam pada hari kejadian.
Menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium terbabit.
Semakan polis mendapati suspek ada tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja. — KL Viral