MAESTRO muzik tersohor India, AR Rahman, 57, bakal membuat kunjungan pra konsert dan mengadakan sesi eksklusif bertemu peminat pada 8 July (Isnin), pukul 7 malam di Pusat Konvensyen Star, Menara PGRM, Kuala Lumpur.
Penganjurnya, Star Planet menerusi satu kenyataan berkata, sesi berkenaan yang diadakan secara tertutup mensasarkan sekitar 1,000 peminat yang sudah membeli tiket konsertnya.
Teruskan Membaca“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan AR Rahman ke Kuala Lumpur. Kunjungan istimewa ini dan konsert menjelang itu nanti tidak disangkal bakal menjadi sorotan pencinta muziknya,” katanya.
AR Rahman bakal menyantuni peminat secara lebih dekat. Ia adalah tanda penghargaannya terhadap peminat setianya yang terus menyokong kuat kerjayanya.
Penebusan pas itu boleh dibuat menerusi laman web Star Planet bermula pada 5 July, pukul 5 petang dan setiap pembeli tiket konsert boleh menebus maksimum dua pas.

Pada Mei lalu, AR Rahman mengumumkan sangat teruja akan dapat kembali ke sini menjayakan konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Julai pukul 8 malam, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Dia juga bakal disertai penghibur lain termasuk Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze, ADK dan beberapa lagi bakal diumumkan kelak.
Terdahulu, pemenang trofi Oscar 2009 itu mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 60,000 hadir di SNBJ pada konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023.
Baca juga: