PEMPENGARUH media sosial dan penyampai radio Fly FM, Arieff Yong hangat diperkatakan setelah videonya melamar kekasih hati yang dari Sepanyol di dalam sebuah pawagam.
Arieff atau nama sebenar, Arieff Efenddy Yong, 29, difahamkan sudah menjalinkan hubungan percintaan bersama kekasih hatinya iaitu Sylvia Good sejak April 2022.
Teruskan MembacaVideo tular berdurasi 3 minit 16 saat itu menunjukkan perjalanan Arieff melamar Sylvia di sebuah pawagam. Sebelum melamar Sylvia, Arieff sempat membuat satu rakaman ucapan kepada kekasih pilihan hatinya itu dan mengucapkan terima kasih kerana telah bertemu dengannya adalah sesuatu yang indah buatnya.
“Kepada Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, perjalanan untuk bersama dengan kamu adalah perkara luar biasa buat saya dan hari ini, hanya selangkah saja untuk kita hidup bersama. Cinta saya terhadap kamu akan terus mekar sentiasa,” katanya.
Walaubagaimana pun, timbul kontroversi dikalangan netizen yang menonton video lamaran Arieff tersebut yang bersifat terlalu gaya barat dan tidak bersesuaian dengan budaya Melayu dan agama Islam.
“Dia ni siapa? Konoha ke? Awat boleh peluk macam tu?,” kata Fido.
“Selama ini saya ingat mereka adalah suami dan isteri..,” kata Syidah.
“Saya ingat dia dah kahwin dah dengan wanita itu, rupanya baru nak melamar. Tapi hidup dah macam suami dan isteri, mudah percaya betul kat orang saya ni,” kata Ummie.
“Soalan dia siapa yang convert (tukar agama)?,” kata Hallash.
Oleh yang demikian, sebagai masyarakat yang mempunyai nilai murni yang tinggi kita perlulah menjaga adab dalam percakapan walaupun berhadapan dengan budaya atau agama lain, di samping itu, menjaga batas adalah perkara yang amat dititik beratkan lebih-lebih lagi bagi yang beragama Islam.
Baca juga: