PEMANDU yang berhemah adalah pemandu yang sering berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.
Lain pula jadinya dalam satu video viral di media sosial, apabila kenderaan yang dibawa terhuyung-hayang seperti ular yang berjalan.
Teruskan MembacaMenerusi video viral yang berdurasi 1 minit 13 saat di laman X, memaparkan sebuah kenderaan yang bergerak dalam keadaan yang merbahaya.
Pemanduan kereta berkenaan sangat bahaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan lain terpaksa memberhentikan kereta mereka untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
Video tersebut berjaya dirakamkan oleh penumpang kenderaan lain dan menjadi bualan hangat serta menjadi teka-teki dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sama ada pemandu yang memandu dalam keadaan bahaya itu mengambil barang terlarang ataupun mengantuk.
“Harap-harap terus diambil urine test (ujian air kencing) lah budak ni, semak-semak je atas jalan,” komen Nano123goja.
“Abang yang marah tu, saya memang salute (tabik),” kata Cik Tortoro.
“Mengantuk? Nampak sangat main barang, kalau aku memang lempangkan aje,” balas Untasemput.
Maka, kita perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Jadi pengguna bijak! — KL Viral
Baca juga: