PEMPENGARUH media sosial yang dikenali dengan nama Nini Comel memohon maaf atas kekhilafannya yang mempercayai Syarikat Quantum Metal meskipun sebelum ini pernah dituduh menipu.
Dalam satu video berdurasi 2 minit 20 saat, Nini membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran di TikToknya yang turut mengundang kecaman orang ramai.
Teruskan Membaca“Pertama sekali, nini nak minta maaf sangat kerana Nini sudah lama berdiam diri. Ia tak mudah untuk saya sebenarnya dan saya sudah buat sedaya upaya untuk bantu semua tapi semua serba tak kena dan ramai juga bertanyakan kepada saya, betul ke akaun Quantum Metal mimi ditamatkan dan jawapannya betul.
“Bermula dari tarikh 22/7/2024 saya bukan lagi perunding untuk Quantum Metal dan tak ada kena mengena dengan syarikat tersebut.
“Nini terima pengesahan penamatan surat melalui e-mel, lepastu akaun Nini tak boleh bukak dan semua kumpulan emas yang nini sudah kumpul daripada tahun 2020 kena suspend.
“Pada mulanya, ingatkan kata laluan salah tapi rupanya akaun ditamatkan dipercayai atas sebab sering bertanyakan mengenai emas simpanan. Bukan Nini sahaja yang melalui perkara ini, pengasas dan penyimpan emas terbanyak Syarikat Angel Group juga berdepan masalah sama,” katanya.
Meskipun sudah melakukan permohonan maaf, orang ramai masih meluahkan rasa kesal terhadap Nini yang dianggap tidak mahu mengherankan amaran orang ramai sebelum ini dan masih mendakwa platform itu adalah benar.
Baca juga: