Oleh: Haikal Tajuddin
BILA dah sampai tahap viral (tular) sepatutnya banyaklah feedback yang indah-indah tetapi ini jadi lain pula.
Teruskan MembacaSebuah syarikat minuman yang berkonsepkan teh premium, CHAGEE, baru-baru ini diketahui melakukan ‘CHAGEE Suprise Gift’ bersempena dengan ulang tahun penubuhan syarikat tersebut bersama pelanggan.
Namun begitu, terdapat beberapa isu yang timbul dalam kalangan masyarakat yang mendakwa, voucher hadiah yang sewajarnya mereka terima itu, sudah pun diambil dan menganggap mereka (pelanggan) sebagai alat pemasaran semata-mata.
Sepertimana yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi X, AliffShanusi, yang mengakui dirinya ditipu setelah mendapati bekas CHAGEE yang baharu sahaja dibeli sudah dibuka.
“Okay sahaja untuk pemasaran dan bagi hadiah, cuma tak bestnya, cawan itu tak bercantum dan boleh dibuka macam itu sahaja. Kalau melekat okay lagi,” komennya.
Tambahan lagi, terdapat juga warganet mengakui, beberapa francais CHAGEE di kawasan tertentu dianggap sama sekali tidak adil.
“Outlet Taman Sute** Mall benarkan pelanggan beli cawan sahaja dengan alasan menunggu masa untuk air adalah lama. Sangat tidak adil untuk orang lain yang sanggup beratur untuk beli air,” balas NajaZulkhairi. – KL Viral
Baca juga: