VIDEO tular di sosial media melibatkan gadis-gadis yang berbangsa India memperagakan baju tradisional Melayu ketika menyambut hari raya Aidilfitri.
Lebih menariknya, mereka sempat merakamkan tarian dan meniru lagu raya yang menjadi terkenal baru-baru ini berjudul, Alamak Raya Lagi oleh kumpulan De Fam.
Teruskan MembacaVideo berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan 11 gadis India memakai baju kebaya dan baju kurung kelihatan cantik memperagakan baju-baju tersebut sambil meraikan suasana Aidilfitri.
Berdasarkan video tersebut, lokasi rakaman tersebut terletak di Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang mempamerkan ciri-ciri budaya kaum Melayu untuk menunjukkan ala-ala beraya di rumah kampung masyarakat Melayu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji kecantikan mereka memperagakan baju ketika menyambut hari raya.
“Ini adalah versi yang terbaik setakat ini, memang terbaik!,” kata Rohimmi.
“Okay saya setuju, versi lelaki boleh lawan tak? Tapi kena buat lirik dalam bahasa India, mesti gempak. Apa-apa pun korang memang best,” kata Kaka Kezza.
“Meriahnya, cantik dan comel je diaorang pakai baju kurung dan baju kebaya. Terhibur dengan gelagat diaorang ni,” kata Norlela.
Baca juga: