PENCIPTA kandungan di TikTok, Miyabell menceritakan pengalamannya yang gagal untuk mendaftar keluar dari hotel yang didiaminya sepanjang bercuti di Bali, Indonesia kerana tarikh daftar keluarnya jatuh pada Hari Nyepi.
Hari Nyepi berasal daripada perkataan ‘sepi’ itu merupakan salah satu perayaan Tahun Baharu buat penganut agama Hindu di sana.
Teruskan MembacaDifahamkan, sepanjang acara tersebut berlangsung, semua kegiatan harian dilarang untuk dilakukan dan mereka juga tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing tidak mengira agama.
Sekiranya ingkar, mereka dipercayai akan disaman oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan melanggar undang-undang yang sudah termaktub di wilayah tersebut.
Akur dengan undang-undang itu, seorang pempengaruh, Miyabell setuju untuk menambah satu hari lagi percutiannya di Bali sebagai tanda penghormatan terhadap budaya tersebut.
Menerusi hantaran di X miliknya, Miyabell menyatakan Hari Nyepi ini akan berubah setiap tahun kerana ia berdasarkan takwim Saka.
“Sebelum jatuhnya Hari Nyepi, masyarakat di sana akan mengadakan perarakan Ogoh-ogoh yang membawa patung makhluk dinamakan Bhuta Kala di sepanjang jalan di Bali.
“Sehari sebelum Hari Nyepi, akan ada perarakan Ogoh-ogoh yang merupakan sejenis patung yang melambangkan makhluk Bhuta Kala dalam kebudayaan Bali,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Menurut kepercayaan Hindu di Bali, Bhuta Kala merupakan gambaran puaka atau raksasa yang besar dan menakutkan, di samping ia dipercayai sebagai makhluk-makhluk yang hidup di alam fana seperti syurga dan neraka.
Dalam pada itu, Miyabell turut menasihati orang ramai yang merancang untuk bercuti ke Bali untuk membuat pengesahan mengenai tarikh percutian mereka terlebih dahulu untuk tidak melakukan kesilapan sepertinya. — KL Viral
Baca juga: