PERKARA yang berlaku melibatkan antara Malaysia Football League (MFL) dan Selangor Football Club (FC) sedang hangat diperkatakan sejak Selangor FC dikenakan denda susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
Menerusi laman X milik HermyRahim, satu hantaran telah dimuat naik berkenaan pihak MFL telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan pertimbangan semula keputusan bagi menghormati titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Teruskan Membaca“KITA MENANG LAGI! DIA TAKUT!” ciapnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL membuatkan warganet berang kerana telah membuat keputusan yang melulu dan tidak adil kerana hanya menyalahkan satu pihak sahaja tanpa usul periksa.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang begitu ‘pedas’ kerana tindakan yang diambil oleh MFL terhadap Selangor FC yang kemudiannya menarik balik keputusan dengan mempertimbangkan keputusan yang telah dibuat dengan hanya mengeluarkan kenyataan.
“Jatuh hukum dulu baru fikir kemudian. Ini bukan Malaysia Fottball League tapi Malaysia Funny League,” kata Thalol.
“Macam takda ot** kesalahan selangor, sedangkan selangor dan minta tangguh. Tapi kenapa beria nak teruskan sebab apa? Kena cucuk? Kes bukan kecil ya,” kata HafizAwie.
“Belum cukup menang lagi. Tapi nampak sangat MFL ni jenis tak ada pendirian. Buat keputusan ikut suka , sangat tak profesional,” kata SyamimHazeem.
“Haa lepas Sultan Selangor dah bertitah nak tarik diri dari liga baru takut,” kata Faiq. – KL Viral
Baca juga: