Terkini

Kumpulan ‘abang sado’ sepakat alihkan Axia ‘parking’ tepi jalan, halang laluan bas di Sungai Besi

PEMILIK kenderaan jenis Perodua Axia dikecam pengguna media sosial apabila rakaman video yang menunjukkan kenderaan terbabit menghalang laluan sebuah bas di Jalan Suasa 5 Sungai Besi baru-baru ini.

Dalam video terbabit menunjukkan kenderaan berkenaan diletakkan di bahu jalan sehingga mengakibatkan bas Rapid KL sukar untuk membelok di kawasan selekoh.

Insiden tersebut lantas mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga ‘memaksa’ beberapa pengguna jalan raya saling bekerjasama mengangkat dan mengalihkan kereta tersebut.

Disebabkan, segelintir mereka berpendapat bahawa pemilik kereta terbabit perlu memiliki pemikiran yang bertimbang rasa dan tidak pentingkan diri sendiri.

“Tak ada hati perut lansung, main letak kereta sesuka hati, elok bas tu langgar je terus bagi peringatan supaya jangan letak kenderaan sesuka hati,” kata @Bobyusri.

“Majlis patutnya angkut je kereta yang jenis tak pikir macam ni, biar kena kompaun untuk tebus balik kereta ni baru sedar sikit,” kata @Ahmad.

TULAR rakaman di aplikasi X memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang diletakkan di bahu jalan

menghalang laluan jalan raya lalu menyukarkan sebuah bas perantara MRT di Jalan Suasa 5 Sungai Besi.

Kepada semua pengguna jalan raya, jangan bersikap terlalu pentingkan diri, sebab tindakan sebegitu menyusahkan ramai pihak.

Walaupun sekejap, letaklah kenderaan anda di kotak letak kenderaan yang tersedia. Takkan tunggu kena angkut dengan majlis baru nak sedar.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top