Pemandu kereta BMW yang tular memandu secara melawan arus sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Bezza di susur keluar Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu mendakwa tersalah jalan dan panik semasa kejadian berlaku.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan awal, pemandu wanita yang bekerja sebagai pegawai bank di negeri ini mengatakan yang dia telah memasuki laluan melawan arus di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ketika dalam perjalanan pulang kira-kira pukul 12 tengah malam.
Teruskan MembacaMenurutnya, kejadian berlaku selepas wanita yang berusia 41 tahun itu keluar dari sebuah restoran yang terletak di Persiaran Karpal Singh di Jelutong.
“”Wanita itu mendakwa tersilap jalan dan panik sebelum masuk ke laluan bertentangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang dan memandu kira-kira lima kilometer sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Bezza.
“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mungkin kita akan menilai berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan seumpamanya,” katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di sini, hari ini.
Pemandu BMW ditahan di sebuah hospital swasta dan mungkin dalam tempoh dua atau tiga hari lagi akibat kecederaan pada bahagian dada manakala pemandu Perodua Bezza dirawat di wad Hospital Pulau Pinang.