BARU-baru ini tular kisah daripada seorang gadis yang mendedahkan sikap seorang pemilik inap desa (homestay) yang dikatakan ‘psycho’ dan menakutkan olehnya.
Menerusi sebuah video yang tular di aplikasi TikTok, gadis dengan username Nfwhda.__ tersebut menceritakan pengalaman tidak menyenangkan sepanjang dia mendiami homestay tersebut.
Teruskan MembacaMenurutnya, homestay yang ditempah tersebut berada di Kota Bharu, Kelantan dan dia bersama keluarga tiba agak lewat pada hari mereka check-in kerana kesesakan lalu lintas memandangkan hari tersebut merupakan musim cuti persekolahan.
Kisah seram tersebut bermula apabila gadis tersebut masuk ke tandas untuk membersihkan diri namun alangkah terkejutnya apabila dia menyedari dirinya dirakam melalui tingkap kecil di dalam tandas berkenaan.
Disebabkan panik, gadis tersebut menjerit meminta bantuan dan abangnya menghubungi pemilik homestay berkenaan untuk meminta bantuan.
Setibanya pemilik tersebut di homestay mereka, gadis tersebut mendapati bahawa telefon bimbit yang dimiliki oleh lelaki berkenaan sama seperti telefon yang merakamnya melalui tingkap itu.
Namun, perkara tersebut dinafikan oleh pemilik berkenaan hingga dia sanggup untuk menunjukkan isi gambar didalam telefonnya tetapi gadis tersebut menegaskan bahawa bukti boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja.
Ketika diminta untuk bersumpah mengaku dirinya tidak bersalah, pemilik tersebut memilih untuk diam dan menukar topik perbualan mereka.
Lebih mencurigakan, pemilik homestay tersebut turut menelefon abang gadis tersebut tanpa henti pada malam itu, menyatakan dirinya tidak boleh tidur, dimana ia tidak perlu dilakukan terhadap seorang pelanggan.
Di penghujung video tersebut, gadis tersebut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa berwaspada sekiranya sedang menginap di mana-mana homestay agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Menjengah kepada ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet memberikan sokongan kepada tindakan gadis tersebut yang membuat pendedahan kepada umum mengenai isu tersebut.
“Bagus expose terus, sebab ni dikira jenayah bukan aib lagi dah. Kena tahu beza jenayah dengan aib,” komen Im_ruddy.
“Bagus! Cerita benda-benda macam ni takde nak blur dan tapis, senang nak elakkan in future. Thanks,” kata Shahrirghani.
“Cerita yang jelas. Tak ada sensor. Ni yang kita mahu, takut weh,” komen Fizkacouture.
“Terima kasih info. Zaman ni kena lebih alert. Ramai sangat psycho,” ujar Snor_0404.
Oleh itu, setiap pengunjung mana-mana homestay perlu sentiasa berhati-hati dan membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengenai keselamatan homestay tersebut sebelum membuat tempahan. — KL Viral
Baca juga: