BANDAR raya Kuala Lumpur sentiasa dibanjiri dengan pengunjung di samping memiliki puluhan kompleks beli-belah yang terkenal dengan jenama terkemuka dunia.
Selain memiliki banyak lokasi pelancongan menarik, pilihan tempat makan juga menjadi antara salah satu tarikan yang boleh buat rasa pening kepala untuk buat pilihan.
Teruskan MembacaJangan susah hati! Berikut terdapat variasi pilihan kedai makan menarik atau mencuba hidangan baharu.
Malah, terdapat tempat-tempat istimewa digelar sebagai syurga makanan yang ‘viral’ dan sedap.
Antara yang menjadi pilihan ialah sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang. Selain menjadi tumpuan utama pengunjung dari luar, warga tempatan juga gemar meluahkan masa di sana untuk menikmatan variasi pilihan makanan.
Berikut KL Viral senaraikan pilihan menu wajib cuba di Kuala Lumpur:
1. Nasi Kahwin Hari Hari
Nasi Kahwin Hari-Hari ini menawarkan 3 jenis menu lauk iaitu Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam dan juga Ayam Rose Terangkat. Dihidangkan bersama kuah dalca utara,acar timun dan papadom, rasa nasi hujan panasnya yang cukup rasa benar-benar menggamit selera. Satu hidangan berharga RM9.00 satu set lengkap bersama air ‘free flow’.
- No 8, Jalan Berangan, 50200, Bukit, Bintang Kuala Lumpur.
- 10:30 Pagi – 5:30 Petang (Isnin-Sabtu)
2. 32 Parfait
jenama aiskrim yang berasal dari Myeongdong di Korea Selatan. Ketinggian aiskrim ini adalah 32 sentimeter, sebab itulah namanya 32 parfait. Kira-kira 3 kali ganda lebih tinggi daripada aiskrim biasa. Aiskrim tersebut berharga RM15, anda boleh dapatkan aiskrim ini dengan pelbagai perisa pilihan seperti vanilla, coklat, strawberi, mangga, yogurt, blueberry, greentea ataupun campuran.
- G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.
- 10 Pagi – 10 Malam
3. Don Don Donki Wagyu Skewer
Daging wagyu yang digunakan adalah halal dan mendapat sijil pengesahan sembelihan. Jangan risau, memang boleh makan. Kiosk mereka terletak di bahagian luar kompleks membeli-belah Lot 10, berdekatan dengan pintu keluar MRT.
- Ground Floor, Lot 10, Shopping Centre, G8-G11, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang.
- 10 Pagi – 12 Pagi
4. Kunafa Crisp
Kunafa ini sebenarnya adalah satu pencuci mulut tradisional Timur Tengah. Cara pembuatan dan bahannya berbeza mengikut kawasan. Sebagai contoh, Turki ada versi Kunafa sendiri, Palestin, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan lain-lain pun ada juga sedikit ‘twist’ dalam penyediaan Kunafa. Tetapi asasnya lebih kurang sama.
- 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- 2 Petang – 2 Pagi
5. Boleh Seafood Pot
Di Jalan Alor Bukit Bintang, ada juga beberapa restoran yang mesra Muslim. Antaranya adalah Boleh Seafood Pot. Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar.
- 69, Jln Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- 3 Petang – 1:30 Pagi
6. Damascus Shawarma
Shawarma menjadi ‘igauan’ buat masa kini dengan daging yang lembut dibaluti dengan roti yang garing memang memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Terdapat beberapa kedai shawarma yang lain berdekatan kerana keberadaan kedai-kedai tersebut hanya berada di tepi jalan besar Bukit Bintang. Damascus Shawarma wajib dicuba!
Dibuka dari 11 Pagi hingga 11 Malam.
7. Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Kalau anda peminat nasi ayam hainan macam di restoran The Chicken Rice Shop itu, anda perlu ke Nasi Ayam Hainan Chee Meng. Restoran ini telah wujud lama dan mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- 50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
- 11 Pagi – 8 Malam
Selamat mencuba! — KL VIRAL
Baca juga: