Terkini

Buntu tak tahu cara menyimpan, berikut ada 5 langkah yang perlu tahu

PENGURUSAN kewangan merupakan satu perkara langkah penting sebagai persediaan berdepan dengan hari mendatang.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Begitulah bidalan yang sesuai untuk menggambarkan tentang pengurusan kewangan bijak mampu membantu menyelesaikan beberapa hal sulit seperti bil perubatan, kerosakan, kehilangan atau hilang tempat bergantung.

Justeru, salah satu langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan melakukan amalan menabung.

Perkara itu boleh dilakuakn sama ada secara individu, pasangan mahupun keluarga.

Justeru, berikut antara perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan tabungan wang simpanan tersedia apabila diperlukan.

  1. Rancang Perbelanjaan Harian

Rekod perbelanjaan keperluan harian atau bulanan supaya tidak melebihi had perbelanjaan mahupun simpanan khas yang lain. Ingat! Beli barang keperluan bukan mengikut kemahuan.

2. Asingkan Simpanan Kecemasan

Setelah menghitung komitmen harian dan bulanan, sebahagian kecil gaji bulanan perlu diasingkan untuk simpanan kecemasan berkaitan. Sekurang-kurangnya kita perlu ada 3-6 bulan dana simpanan kecemasan.

3. Menabung untuk Persediaan Persaraan

Menyimpan untuk dana persaraan adalah sama pentingnya dengan simpanan kecemasan. Kesalahan paling biasa dilakukan adalah menangguh permulaan untuk menyimpan. Setiap kali mendapatkan kenaikan gaji, masukkan antara 1 hingga 2% ke dalam simpanan persaraan.

4. Selesaikan Hutang yang Besar

Menyelesaikan hutang bukan perkara yang mudah, tetapi jika bijak menguruskannya kita boleh memperolehi perbelanjaan dan penyimpanan peribadi yang lebih stabil dan konsisten. Jangan tangguhkan hutang terlalu lama.

5. Membuat Pelaburan

Akhir sekali, setelah mendapatkan pendapatan yang stabil setelah menjejaki setiap perbelanjaan, simpanan serta menyelesaikan hutang, kini masanya untuk menambahkan pendapatan sedia ada dengan melabur dalam skim pelaburan yang diiktiraf.

Kesimpulannya, kita mestilah bijak dalam menguruskan kewangan, maka, 5 amalan menabung ini boleh mula dipraktikkan oleh masyarakat. — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top