PENYANYI Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila anak lelaki sulungnya, Seth Uwais, 5, yang mengalami masalah kelewatan pertuturan kini sudah memberikan reaksi positif.
Kata penyanyi berumur 33 tahun itu, dia dan suami, Ubai berusaha untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut sekali gus membolehkan Seth bertutur seperti kanak-kanak lain.
Teruskan Membaca“Saya mengurangkan masa skrin terhadap penggunaan gajet. Boleh dikatakan saya dan suami memang menyekat sepenuhnya dan banyak memberi dia masa untuk bermain dengan mainan.
“Syukur usaha itu dapat memberikan reaksi positif dan membantu untuk Seth bertutur dengan lebih baik
“Yang kedua, toys. Kami gantikan masa dia dengan mainan, mainan pun yang boleh buat dia berfikir seperti patung magnetik, alat bertukang dan set masak-masak mainan. Sebelum ni, kalau tak bagi dia telefon dia akan mengamuk tetapi sekarang tidak lagi,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.
Katanya lagi, dahulu Seth sangat kurang libatkan diri dengan aktiviti fizikal dan kini dengan bantuan Ubai, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli anaknya lebih aktif dari segi fizikal dan juga mental.
Para peminat yang sering mengikuti perkembangan Seth di Instagram turut meninggalkan komen baik pada video perkongsian pelantun lagu Jauh Hati itu.
Sekadar info, Shila sebelum ini mendirikan rumah tangga kali pertama dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 dan berpisah empat tahun kemudian iaitu 8 Februari 2022.
Shila kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Ubai 5 Ogos tahun lalu.— KL VIRAL
Baca juga: