MEKAH: Musim haji kali ini bukan biasa-biasa! Dengan suhu yang mencecah 47°C, Kerajaan Arab Saudi terus tampil padu dengan mengaktifkan sistem penghawa dingin TERBESAR di dunia bagi memberi keselesaan kepada jutaan jemaah di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
Sistem penyejukan ini mampu menampung kapasiti gila besar – 155,000 tan! Ia disokong oleh dua ‘stesen gergasi’: Stesen Shamiya: 120,000 tan dan Stesen Ajyad: 35,000 tan.
Melalui sistem ini udara yang dipam bukan biasa-biasa tetapi ditapis menggunakan teknologi penulenan canggih yang mampu buang 95 peratus kekotoran, sambil mengekalkan suhu antara 22°C – 24°C di dalam masjid. Bayangkan tengah panas terik, tapi dalam masjid rasa sejuk nyaman!
Kenapa Saudi buat semua ni? Arab Saudi tahu cuaca musim haji tahun ni ekstrem gila.
Menurut laporan, cuaca di Mekah dan kawasan sekitar boleh capai antara 40°C hingga 47°C, dengan kelembapan tinggi boleh buat jemaah cepat penat atau alami strok haba.
Jadi, sebagai langkah proaktif, khutbah dan solat Jumaat juga dipendekkan, bagi kurangkan jemaah terdedah lama di panas terik.
Setakat 3 Jun, lebih 1.3 juta jemaah dari seluruh dunia dah tiba di Mekah dengan Indonesia paling ramai, kuota 221,000 orang!
Negara-negara lain pun tak kurang hebat, semuanya berkumpul untuk ibadah terbesar umat Islam ini.
Semua usaha ini adalah sebahagian daripada visi besar Arab Saudi untuk pastikan ibadah haji berjalan lancar dan selamat, walaupun cuaca tengah ‘menggila’.
Dari teknologi terkini, pengurusan trafik, hinggalah ke penjagaan kesihatan semua dilakukan untuk jemaah.
Kalau dulu jemaah redah panas terik, sekarang dah rasa ‘aircond lima bintang’ dalam rumah Allah.
Jemaah Malaysia, jaga diri ya! Banyakkan minum air, pakai pelindung kepala dan elakkan berada lama bawah matahari. Musim haji ini luar biasa panas –tapi insya-Allah, pengalaman tetap luar biasa.
Arab Saudi mengumumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha (Eid al-Adha) akan diadakan pada hari Jumaat, 6 Jun 2025, selepas melihat anak bulan Zulhijjah pada petang 27 Mei 2025.
Ini menandakan permulaan bulan Zulhijjah 1446 Hijrah pada 28 Mei. Hari Arafah, yang merupakan hari penting dalam ibadah haji, akan disambut pada hari Khamis, 5 Jun 2025.