MALAYSIA merupakan antara negara di Asia Tenggara yang kaya dengan landskap semula jadi yang cukup memukau, dikelilingi oleh hutan hujan yang subur, pantai yang bersih, selain daripada keunikan banjaran gunung-ganang dan bukit bukau yang cantik. Ini menjadikan Malaysia antara negara pilihan bagi mereka yang cukup menggemari aktiviti mendaki sebagai hobi.
Oleh itu, KL VIRAL sarankan terus melihat senarai tempat hiking sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti berikut:
Teruskan Membaca1. TAMAN TUGU
Jika anda ingin lari dari kesibukan bandar Kuala Lumpur tetapi tidak ingin pergi jauh untuk menikmati kehijauan hutan, anda harus ke Taman Tugu. Taman Tugu dibuka untuk orang awam di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan dibina untuk memelihara kawasan hijau.
Alamat: Taman Tugu, Pesiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
2. BUKIT GASING
Bukit Gasing juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing merupakan salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah-tengah ibu kota.
Beginner juga boleh datang ke sini kerana treknya tidak sukar! Anda boleh sampai ke puncak dalam masa 2-3 jam sahaja. Setelah anda penat mendaki anda akan disajikan dengan panorama pencakar langit di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Alamat: 51D, Jalan 5/4i, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
3. TAMAN REKREASI LEMBAH KIARA
Taman rekreasi Lembah Kiara terkenal di kalangan kaki hiking di Malaysia. Ini kerana tahap kesukaranya adalah mudah. Sesuai untuk pendaki yang baru nak berjinak dalam sukan yang lasak ini. Perjalanan ke puncak pula mengambil masa kira kira 2 jam setengah. Trek juga sudah disediakan.
Alamat: Persiaran Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
4. BUKIT BROGA
Sebut sahaja Bukit Broga pasti semua sudah tahu. Bukit Broga sangat terkenal dalam kalangan pendaki. Bukit Broga tidak begitu tinggi dan tahap kesukaran pendakian ialah sederhana.
Alamat: Jalan Broga, 71750 Semenyih, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
5. GUNUNG NUANG
Gunung Nuang yang terletak di daerah Hulu Langat merupakan destinasi yang kurang popular berbeza dengan Bukit Broga yang memang menjadi pilihan ramai kerana tahap kesukaran untuk mendaki ke puncak Gunung Nuang adalah sangat mencabar.
Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Nuang ialah 4-6 jam bergantung pada tahap kelajuan dan stamina anda. Kalau anda nak berkhemah di Gunung Nuang anda boleh pilih untuk berkhemah di tapak perkhemahan Kem Pacat ataupun Kem Lolo.
Pendakian di Gunung Nuang bukan untuk pendaki-pendaki baru, digalakkan pendaki yang sudah berpengalaman untuk bersama dengan anda ketika mendaki gunung tersebut.
Alamat: Gunung Nuang, Kampung Pungsun, 43100 Hulu Langat, Selangor
Bayaran Masuk: RM 1
Waktu Operasi: Setiap hari
Pesanan buat pendaki yang mahu meluangkan masa dengan aktiviti lasak ini, anda digalakkan menyediakan peralatan yang khusus semasa pendakian, ini kerana, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku. Apa-apa pun sentiasa pentingkan keselamatan anda dan ahli keluarga. — KL VIRAL
Baca juga: