TANPA kita sedar, hanya kurang dari dua minggu lagi, seluruh umat islam bakal menyambut Ramadan yang penuh keberkatan.
Ramadan adalah bulan mulia di mana segala amalan baik akan mendapat ganjaran pahala dan bulan yang penuh dengan rahmat Allah.
Teruskan MembacaUmat islam akan berlumba untuk membuat kebaikan dan tidak sabar untuk menanti tibanya malam lailatul qadar, malam istimewa 1000 bulan.
Namun dalam keterujaan menanti tibanya Ramadan, masih ramai yang tidak tahu apa antara persediaan yang perlu disiapkan.
Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan sebelum menjelangnya Ramadan:
1. Ganti hutang puasa yang belum dilakukan pada tahun sebelumnya.
Perkara penting yang perlu anda beri perhatian sebelum menjelang Ramadan adalah menggantikan hutang puasa. Cuba ingat semula, adakah anda masih belum menggantikan puasa pada tahun sebelum ini? Jika ada, adalah lebih baik sekiranya anda membayar hutang puasa dahulu.
2. Rancang bajet atau perbelanjaan sepanjang Ramadan.
Ingat, bulan Ramadan ini lebih afdal jika kita menahan nafsu diri daripada membazir dan belanja yang berlebihan. Bermula dari keperluan berbuka puasa, bersahur, membeli pakaian baru perlulah membuat perancangan yang bijak dan teratur bagi menjimatkan masa dan wang.
3. Belajar memasak dari sekarang dan sediakan resipi untuk juadah buka puasa.
Dengan memasak menu sendiri untuk berbuka dan bersahur semestinya anda dapat menjimatkan wang dan menyenangkan rutin harian anda.
4. Jaga kesihatan diri
Anda akan sering merasa lemah pada waktu siang dan anda juga pastinya akan sibuk dengan aktiviti ibadat pada waktu malam.
Jadi, bagi memastikan anda bersedia secara menyeluruh, cuba bersenam dan mula makan makanan yang lebih berkhasiat. Pastikan kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.
5. Lakukan amalan Sunnah sebelum Ramadan.
Semua sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan akan ada banyak amalan sunnah yang berlipat kali ganda pahalanya. Bagi anda yang lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan nanti, pastinya banyak rutin ibadah yang mantapyang akan anda lakukan.
6. Tetapkan jadual untuk waktu tidur, berehat dan bekerja.
Sepanjang bulan Ramadhan juga, banyak aktiviti yang biasa anda lakukan akan bertukar. Contohnya jadual rehat akan berkurangan, bangun tidur menjadi lebih awal, jadual waktu memasak juga akan bertukar bagi menyempurnakan ibadah puasa.
Jika anda tidak membiasakan diri atau menyiapkannya dari sekarang, anda pasti akan menghadapi kesukaran. Jadi, jangan berlengah lagi, mula dari sekarang dan tetapkan jadual anda dengan lebih baik untuk waktu tidur, bekerja dan berehat supaya anda tidak terlambat. — KL Viral
Baca juga: