SEDAR tak sedar sudah beberapa hari menjelangnya lebaran dengan meriah suasana walaupun sudah ada yang kembali bekerja.
Makanan yang dihidangkan pasti memikat selera sehingga tidak sedar ia boleh menaikkan berat badan? Jangan risau, KL VIRAL senaraikan 5 tips kawal berat badan selepas menyambut lebaran:
Teruskan Membaca1. Kurangkan pengambilan kalori secara harian
Sentiasa mengira kalori makanan atau minuman yang diambil, elakkan pengambilan snek sewaktu masa lapang atau bosan lebih-lebih lagi pada waktu malam dan lebihkan sayuran dalam makanan.
Penambahan kalori tanpa kita sedari boleh meningkatkan berat badan, jadi cuba kurangkan pengambilan kalori secara harian.
2. Kurangkan berat air dalam badan
Dengan cara minum kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein. Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.
Akan tetapi, pengambilan kopi perlu mengikut kala tertentu kerana terlebih kafein juga tidak begitu baik untuk kesihatan.
3. Kurangkan karbohidrat
Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.
Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.
4. Kembali bersenam dan bersukan
Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.
5. Berhenti makan apabila sudah kenyang
Apabila perut rasa kenyang, jangan terus mengunyah tidak kira sama ada biskut mahupun kerepek dan sebagainya. Ia mampu meningkatkan kalori anda.
Baca juga: