Terkini

Terdapat 5 pilihan hotel terbaik untuk bawa haiwan peliharaan makan angin

SEBILANGAN individu beranggapan haiwan peliharaan merupakan sebahagian daripada keluarga atau anak mereka. Biarpun sekadar haiwan peliharaan, golongan ini sanggup berbelanja besar sehinggga habis ribuan ringgit semata-mata untuk ingin memberikan kelengkapan, makanan dan penjagaan kesihatan terbaik.

Tidak terkecuali, ada antara mereka yang gemar membawa haiwan peliharaan mereka bercuti tidak mengira masa ada dalam atau luar negara.

Bagaimanapun sukar untuk mendapatkan tempat percutian terbaik yang menawarkan lokasi percutian selesa bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga buat haiwan peliharaan.

Justeru, KL Viral senaraikan beberapa lokasi tempat percutian terbaik yang menawarkan perkhidmatan mesra haiwan yang berbulu seperti kucing dan anjing.

Namun awas! Jangan ada yang tersilap bawa ‘buaya’ pula ya;

1. Hotel Ascott Star KLCC

Lokasi yang berada di titik tengah pusat bandar dengan jarak 700 meter dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) iaitu menjadi simbol ikonik bandar raya Kuala Lumpur sekali gus membuatkan destinasi itu sangat strategik.

Menariknya, penginapan yang selesa dan mewah itu membenarkan pengunjung untuk membawa haiwan peliharaan untuk menginap dan menikmati hari percutian bersama. Di samping itu, perkhidmatan disediakan buat haiwan peliharaan adalah seperti mangkuk makanan serta bakul untuk tidur haiwan kesayangan anda.

Alamat: 9, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Hotel Capri by Fraser

Hotel yang terkenal dengan mesra haiwan peliharaan berbulu tetapi, setiap haiwan peliharaan yang dibawa akan dikenakan caj tambahan.

Penyediaan ruang hotel yang luas memberikan jaminan buat pengunjung dan haiwan kesayangan berasa selesa. Tetapi, disarankan untuk meletakkan haiwan kesayangan anda di dalam pembawa atau kereta dorong jika mereka tiada di dalam bilik hotel.

 160, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Hotel Domitys Bangsar

Domitys Bangsar mengalu-alukan kehadiran anda bersama haiwang kesayangan. Sekiranya anda sedang mencari tempat yang mesra haiwan untuk menginap bersama, ini adalah tempat yang sesuai.

Penginapan ini jenis seperti sebuah pangsapuri menaikkan lagi suasana seperti rumah keluarga.

Lokasi yang terletak hanya 4.3 kilometer dari Mid Valley Mall yang sibuk, hotel ini menawarkan lebih sekadar mesra haiwan peliharaan. Hotel tersebut turut menyediakan akses internet (WIFI) percuma.

Premis tersebut menyediaakn perkhidmatan hidangan 24 jam.

Alamat: 136, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Hotel M City Ampang oleh ST Nomad

Penginapan yang dikelilingi dengan bandar pesat Kuala Lumpur memberikan pemandangan cantik buat pengunjung yang hadir menginap di hotel ini.

Berita baiknya, hotel ini juga menyediakan perkhidmatan mesra haiwan serta menyediakan kemudahan lain seperti spa dan sauna.

Alamat: 326, Jln Ampang, M-City Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Hotel Royal Suite

Lokasi yang terletak berhampiran dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hotel ini antara lokasi yang memberikan keselesaan buat haiwan berkaki empat. Bukan sahaja memberikan keselesaan kepada si pemilik haiwan, tetapi binatang peliharaan mereka juga akan gembira dan tidak banyak meragam.

Apa yang menjadi tarikannya kerana anda berada berhampiran dengan lokasi popular antaranya pusat beli-belah Suria KLCC, Berjaya Times Square dan Starhill Gallery.

Alamat: 6, Jalan Ceylon, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top