HARI Krismas lazimnya disambut ketika tarikh 25 Disember pada setiap tahun.
Sudah menjadi kebiasaan dan adat resam perayaan ini memberikan hadiah kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan insan istimewa sebagai tanda penghargaan.
Teruskan MembacaTidak kurang itu, perhiasan pokok krismas, lampu hiasan, stokin saiz besar, mistletoe menjadi perkara wajib pada setiap kali sambutan itu tiba.
Selain fokus kepada hiasan dalaman, hidangan juga menjadi antara perkara penting yang perlu diberi perhatian.
Justeru, berikut antara lima menu utama yang sering menjadi juadah utama pada setiap kali sambutan perayaan Krismas.
1. Ayam Belanda Panggang
Ayam belanda merupakan menu wajib yang perlu ada ketika menyambut Hari Krismas. Ramai yang menganggap sekiranya tiada hidangan ini maka, tidak bermakna atau tidak lengkap bagi menyambut perayaan.
Penyediaan makanan dalam kuantiti yang besar turut menjadi tradisi .Bagaimanapun, sebilangan berangkatan tidak menjadi satu kesalahan di Malaysia jika ingin menggunakan ayam bersaiz biasa.
2. Puding Plum
Resepi asli puding plum ini dihasilkan dengan menggunakan daging lembu, bawang putih, sayur-sayuran serta buah-buah kering sebelum dibakar.
Puding plum atau puding Krismas dikatakan sudah wujud sejak awal kurun ke-17. Namun kini, tambahan bahan resepi seperti kismis dan buah plum mula ditambah.
Cara penyediaan juga berubah dengan mengukus puding terlebih dahulu sebelum menuang susu cair di atasnya.
3. Biskut Krismas
Selain kehadiran figura, Santa Klaus dan perhiasan pokok krismas, biskut krismas juga antara makanan menarik dan wajib ada ketika menyambut perayaan itu.
Biskut Krismas mempunyai pelbagai bentuk, warna dan saiz dapat memeriahkan lagi suasana perayaan lebih-lebih lagi perisa biskut seperti ginger bread man, biskut oatmeal, biskut ginger star, biskut keju rosemary, biskut baby meringue dan biskut gula.
4. Pai Shepards
Pai Shepards merupakan pastri popular selain menjadi antaran hidangan sampingan utama.
Bahan asas seperti kentang lenyek sementara daging lembu atau kambing akan akan dijadikan inti
berintikan daging lembu atau daging kambing. Penyediaannya yang mudah menjadikan menu ini sebagai menu menarik ketika perayaan dan boleh dimakan oleh semua peringkat umur.
5. Kek Buah
Kek buah ini popular dikalangan masyarakat Amerika Syarikat juga dikenali sebagai Chrismast Cake.
Inti kek ini antaranya ialah kekacang, kismis dan buah delima.
Variasi rasa masam dan manis membuatkan manisan ini lebih berselera. Selain itu kepelbagaian warna kek juga yang menjadikan hidangan ini kelihatan menarik dan enak untuk dimakan. — KL Viral
Baca juga: