Bunga Citra Lestari atau BCL memilih untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Tiko Aryawardhana, anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibunya, Emmy Muchlis.
Perkongsian melalui satu hantaran akaun Instagram milik pelakon dan penyanyi Indonesia itu, mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada 31 Disember lalu turut melahirkan rasa syukur.
Teruskan Membaca“Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023. Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan. Selamat tahun baharu,” katanya.
Mengimbas semula kepada hasrat suami pertama BCL, Allahyarham Ashraf Sinclair yang ingin membawa isteri dan anaknya untuk menunaikan ibadah umrah.
Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung dirumahnya Jakarta, Indonesia.
BCL yang popular dengan filem My Stupid Boss, telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Tiko di sebuah resort di Bali pada 2 Disember lalu, setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.
Nota kaki, pelantun lagu 12 Tahun Terindah telah dikurniakan seorang cahaya mata selepas berkahwin bersama Ashraf pada 8 November 2008, yang kini berumur 13 tahun.
Baca juga: