Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah sekali lagi membuatkan ramai wanita berasa ‘cemburu’ selepas memuat naik hantaran foto bersama bakal isterinya di media sosial.
Putera Mateen berkongsi gambarnya bersamaYang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dengan kapsyen; “Selamat maju jaya untuk tahun 2024.”
Teruskan MembacaDisebabkan itu, Putera Mateen mendapat pelbagai komen yang kecewa, gembira malah ada yang ‘berimaginasi’ seakan-akan broken dengan perkongsian itu.
“Anak-anakku, inilah bakal ayahmu yang tidak boleh aku kecapi,” kata Irma.
“2024 dimulakan dengan heartbreak,” kata Xuyin.
“Inilah alasan mengapa saya masih single pada 2023,” kata Rahmadhani.
Putera Mateen bakal melangsungkan pernikahan beliau bersama gadis pilihan hatinya itu dalam satu majlis diraja bermula pada 7 Januari hingga 16 Januari nanti.
Untuk info, Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. Hubungan mereka diketahui ramai apabila merek dilihat sering bersama. — KL VIRAL
Baca juga: