Terkini

Peminat kopi jangan lupa ke pameran Kafe dan Minuman 2024 pada Mei depan

PAMERAN Kafe & Minuman Antarabangsa (ICBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 23 hingga 25 Mei 2024.

Selalu penganjur, Montgomery Asia pihaknya menyediakan ruang tambahan lebih besar bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan.

Menariknya, program tersebut yang mendapat pengesahan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu turut membuka peluang kepada syarikat berdaftar MATRADE memohon Geran Pembangunan Pasaran (MDG) sebagai pempamer di ICBS.

Pameran tersebut juga memberi tumpuan kepada minuman kopi, produk makanan, gaya hidup kafe, perabot kafe, reka bentuk dan teknologi yang daripada pelbagai negara seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia dan Thailand.

Dalam pada itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan aksi barista tempatan bersaing dalam Kejohanan Barista Malaysia, Piala Brewers Malaysia dan Kejohanan Seni Latte.

Barista yang menang akan bersaing di Kejohanan Kopi Dunia 2024.

Selain itu, orang ramai boleh menikmati variasi aroma kopi yang hebat, produk dan menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia.

Terdapat juga aktiviti pameran dan persembahan yang bakal berlangsung di Dewan 1 dan 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk info, Juara Seni Latte Malaysia ICBS 2023 berjaya mendapat tempat ke-4 di Kejohanan Kopi Dunia di Taipei baru-baru ini.

Kemenangan itu secara tidak langsung mencerminkan kekuatan dan kemahiran barista Malaysia yang semakin meningkat dalam budaya kafe dan kopi global.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top